Kelebihan dan kelemahan Pengawal luncur

Kelebihan

  • Berguna semasa perjalanan jauh (mengurangkan kelesuan pemandu akibat menekan injak pendikit terlalu lama) melalui lebuh raya serta jalan raya merentasi kawasan lapang dan terpencil. Ia seterusnya menyumbang kepada penjimatan bahan api yang lebih baik.
  • Berguna bagi mengelakkan pemandu daripada melanggar had laju tanpa disedari.

Kelemahan

  • Boleh membawa kepada kemalangan yang disebabkan oleh hipnosis lebuh raya atau kecuaian pengguna, berikutan tumpuan pemandu yang boleh jadi semakin merosot akibat penggunaan pengawal luncur.
  • Tidak sesuai digunakan di jalan raya yang basah, dilitupi salji serta mempunyai banyak selekoh tajam.